support

Jan 31, 2011

berhati-hati merempit emas

Dalam artikel kali ini, saya masih ingin bercerita tentang emas. Artikel ini kiranya artikel sambungan dari siri sebelumnya " Kisah Saya Gadai Emas 999.99 di Bank Rakyat ". Di bawah ialah fakta-fakta penting kisah saya gadai emas :mrgreen: :

1. Saya Gadai Emas 70gram di Bank Rakyat . Nilai yang ditentukan ialah 69.96 gram sahaja
2. Nilai Marhun ( nilai emas ) ialah RM 8198.61
3. Nilai gadaian ( 65% ) ialah RM5320
4. Upah simpan ( RM0.75 x Nilai Marhun/100 ) ialah RM371.97
5. Tempoh pinjaman ialah 6 bulan ( kalau nak sambung, kena bayar upah simpan ).

Ok..saya pada masa tersebut ada RM 5320 di dalam tangan. Amaun tersebut takde le banyak pun cuma memang tak muat le nak masukkan dalam dompet saya. Kalau emas, emas 100 gram ( 20gram x 5 ketul) pun muat. Ini lecehnya duit ni. Banyak sikit je , dah takleh nak bawa. Kena pakai kad hutang ( kad kredit ) sebagai ganti.

Apa perancangan saya masa tu ? Hurrrmmm..Dalam kepala otak saya, saya nak beli lagi emas. Oleh sebab duit tunai cuma RM 5320, saya tak dapat beli emas lebih dari 60 gram. So, saya bahagikan kepada 2 kegunaan. 1 saya guna sikit dan sebahagiannya saya beli emas lagi. Ini cara saya yang saya buat :

1. Beli emas 40 gram ( 20 gram x 2 ketul ) pada harga RM 4530 . Seketul bersamaan RM 2555 tak termasuk delivery cost . Saya beli emas PG
2. Baki lebihan tunai saya guna untuk beli laptop Compaq CQ40 untuk adik saya di universiti

Part nak beli emas tu yang saya nak kongsikan. Kenapa saya buat teknik pajak ni ? Saya cuma ada 2 tujuan saja memajak emas ini iaitu :

* Nak mencuba pengalaman memajak emas
* Nak rempit emas yang dimiliki

Dengan emas 70 gram ( emas bar ), saya kini sudah memiliki tambahan 40 gram lagi emas bar. Jumlah emas yang saya miliki ialah 110 gram emas bar dalam masa yang singkat sahaja. Memang best! sebab boleh rempit…Hehehe…Emas 40 gram yang saya beli pun bukannya pada harga PG sebaliknya saya berjaya berurusan dengan salah seorang penjual emas dan berjaya mendapat harga yang best. Harga PG bagi 1 ketul emas 20gram ketika itu ialah RM 2290 lebih. Sedangkan saya cuma beli pada harga RM 2255 sahaja. Itu yang best tu. Mungkin sebab saya nak beli 2ketul kot, tu dapat diskaun skit. Hahaha.

Kenapa saya beli emas 20 gram ? kenapa tidak 50 gram ataupun 10 dinar atau 10 keping 1 dinar emas? Alasannya mudah, sebab saya nampak spread harga bagi emas 20 gram senang dipantau dan kenaikan harga dapat mencecah harga belian dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, saya telah membeli emas 20gram bar 1 ketul pada awal bulan 5 yang lepas. Harga jualan ketika itu ialah RM 2122 manakala harga belian ( harga yang akan dibeli oleh pengedar emas PG ) ketika itu lebih kurang RM 1996. Kini, harga jualan emas 20gram PG ialah RM 2310-2325 dan harga belian pula sekitar RM 2170 – 2190 . Nampak tak? Kenaikan harga mudah diikuti dan spread ( perbezaan harga antara jual beli ) lebih mudah untuk di atasi. Berbanding emas 50 gram, sehingga hari ini harga beliannya tidak dapat mengatasi harga jualan emas tersebut yang saya beli lebih kurang 2 bulan lalu. Peratusan spread yang lebih kurang sama namun perbezaan harga agak lambat untuk mengatasi harga jualannya yang lalu. Jadual di bawah menggambarkan apa yang ingin saya maksudkan. Saya memang tidak boleh menjual emas 50gram PG tersebut sehingga hari ini kerna harga beliannya masih lagi rendah berbanding harga ketika saya membeli dulu. Kalau jual jugak, rugi le saya.
Masa Gram Harga Jualan Harga Belian
Mei 2009 20 2123 1996
Julai 2009 20 2310 2183

Mei 2009 50 5656 5340
Julai 2009 50 5748 5432



Itu berkenaan emas yang saya beli & teori disebaliknya…Ehermmm…Teori ni saya reka je. Takde kena mengena dengan orang lain. :roll:

Berkenaan Pajak Gadai & Tekniknya dalam emas ni, saya cuba mencari formula UNTUNG. Bagaimana pajak emas boleh jadi UNTUNG ? Untung yang saya maksudkan ialah pulangan dalam nilai ringgit & kepuasan. Kalau anda perasan dari maklumat saya di atas sekali, anda sudah boleh buat satu pengiraan. Ya…Bagaimana maklumat tadi dianalisa dan diperhatikan keuntungannya. Ok..

Nilai Gadaian ialah 65% daripada nilai marhun. Nilai marhun pula akan di ambilkira bagi menentukan kos upah simpan yang sepatutnya. Ingat! saya dikenakan caj bukan atas nilai gadaian ( RM5320 ) sebaliknya atas nilai marhun ( RM 8198.61 ). So, pada kadar upah simpan RM 371.97 , % kadar upah dalam masa 6 bulan ialah 4.536% ( (RM 371.97/ RM8198.61)*100 ) . Kos upah simpan ini sebenarnya lebih tinggi dari kadar keuntungan pembiayaan peribadi CIMB-Awam i ( 4.99% p.a untuk guru ). Jadi di sini saya telah melakukan 1 kesilapan besar. Saya telah memajakkan emas saya untuk meminjam sejumlah wang dan dikenakan caj simpan yang sangat tinggi untuk tempoh 6 bulan. Jika saya gagal membayar dalam tempoh 6 bulan dan terus memanjangkan tempoh kepada 1 tahun, kos simpan saya akan meningakat kepada 9.07% p.a ( sama kadar macam kadar bungan pinjaman peribadi di OCBC bank ..psst kalau salah tolong perbetulkan ).

Jadi apa yang perlu saya buat ?

Berbalik kepada teori emas yang sentiasa ada turun naik dan kenaikannya lebih mendominasi pasaran. Saya perlu pastikan peratusan kenaikan harga emas dapat menampung kos simpanan dan juga membayar balik nilai pinjaman. Justeru, harga emas yang tepat untuk BREAKEVEN diperlukan. Dalam kes saya ni, mudah sikit sebab emas PG ini boleh dijual semula pada kadar kurang dari 5% nilai emas pasaran. Di bawah adalah pengiraan yang saya lakukan
Entry Point RM8198.61
BreakEven Exit
point y

FORMULA 4.53% = (y-8198.61)/8198.61
4.53%
x 8198.61 = (y-8198.61)
371.397033 = y-8198.61
371.97
+ 8198.61 = y
8570.007033 = y

Entry
Point = 8198.61/69.96
= RM 117.19

Exit
Point = 8570.007 / 69.96
= RM 122.49

*
BreakEven = Harga
emas per gram ialah RM 122.4987



Nampak tak?

Entry Point : Harga emas yang diguna pakai Bank Rakyat ketika itu ialah RM 117.19/gram bagi emas 950 ( 22.8 k ). Pada waktu ini saya pajak emas saya.

4.53 % : ini adalah % kadar upah simpan Bank Rakyat bagi tempoh 6 bulan. Kiraan ini berdasarkan emas saya gadai

Breakevent : Titik Pulang Modal. Dalam jadual di atas, memang takde titik graf. :mrgreen: Titik Pulang Modal ni maksudnya jika saya jual balik emas yang saya beli hasil dari gadaian bersamaan nilai gadaian+kos upah simpan pada entry point.

Exit Point : Harga emas yang digunapakai Bank Rakyat dalam tempoh 6 bulan mesti sekurang-kurangya RM 122. 49 /gram bagi emas 950 (22.8k) . Exit point yang saya nyatakan di atas hanya pulang modal saja.

Saya perlu pastikan harga emas arRahnu Bank Rakyat pada nilai minimum RM122.4987/gram dalam tempoh 6 bulan ( bulan ke 6 sebenarnya ) untuk mendapat kembali modal saya +kos simpanan. Ketika saya menggadai emas di Bank Rakyat tempoh hari, emas pada purity 950 ialah RM117.19 .

Kira-kira ini perlu diperhalusi lagi dan sepatutnya akan menjadi lebih berguna jika :

1. semua nilai gadaian diguna kembali untuk membeli emas. Solusi terbaik ialah dengan membeli emas melalui akaun simpanan di Maybank atau PublicBank
2. perlu mengambilkira harga belian emas bersamaan atau lebih dari kadar 4.53% dalam tempoh 6 bulan. Yup…4.53% ialah kadar upah.Jadi anda perlu pastikan % pulangan ( ROI ) melebihi nilai tersebut.



Ehemmm…Teknik ni memang ada kelemahannya. Jadi untuk memastikan ia menguntungkan, anda perlu kenalpasti kelemahan dan cara mengatasinya. Antara kelemahannya ialah :

* Cabaran untuk menjangka harga pasaran tertinggi dan terendah. Yang ini kena belajar dari pakar-pakar forex. Sebab diorang pandai baca analisa teknikal. Saya ? ermm….teringin nak belajar
* Cabaran untuk menanti kenaikan harga emas dan ketika ingin menjualnya pada harga yang menguntungkan. Ini boleh selesai jika kena caranya
* Ia berdasarkan teori dan kiraan semata-mata. Saya belum berpengalaman kerna tersilap langkah. Mungkin next time, saya boleh sesuaikan dengan kiraan saya

dari;http://jutawanemas.com/v1/forum/soal-jawab-mengenai-pelaburan-emas/teknik-gadai-emas-merugikan-jika/

apa pendapat otai2 kalian..


"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

1 comment:

terima kasih

Related Posts with Thumbnails