support

Jul 31, 2010

jom biz publicgold

sumber:-http://www.pokli.com/2009/12/pendedahan-eksklusif-rahsia-bisnes-emas.html

Salam
Pokli nak kongsi ilmu kenapa orang berlumba2 beli emas dan jadi agen public gold…sebenarnya adalah kita boleh jana pendapatan atas penjimatan yang diberikan…

yela cuba korang bayangkan…jadi agen dapat komisen 1.5% dari harga semasa….katakan harga emas hari bagi 20g = RM2695…korang akan dapat komisen 1.5%=Rm40.40…..bayangkan kalau setiap hari dan mmg betul terjadi orang beli emas 4-5 keping sehari…dah berapa komisen?????? tu baru sehari…camna kalau 10-20 keping sebulan…….kalau nak best lagi…..1-2kg sebulan??? berapa komisen yg agen-agen dapat?

Inilah yang di panggil teknik BUY LOW SELL HIGH…….setiap hari org nak order dapat harga murah…..tapi benda ni adalah tercapai kepada orang yg mmg kaki bisness la…yg nampak peluang cerah nak buat duit…yela..sapa nak bagi wang mudah2 kalau bukan Tokey Emas PG…terima kasih kepada Public Gold Sebab bagi peluang kepada kami peniaga2 kecil dapat laa berbisness……
dan yang paling best……harga emas makin naikkkk…tak kisah pun harga emas naik ke turun…kita dapat duit……sbb tu la kedai emas bisnes diaorang sustain sampai bila2……..itulah rahsia nya……

belum masuk lagi emas yang diaorang beli daripada orang yang trade in….dah dapat harga ”BUYING”….murah dah 5-6%………wah wah wah…….tu dah untung atas angin (ehh betul ke ayat ini?)….kira untung perniagaan la…….dan kalau dah kaya kena la bayar zakatttt……2.5% je daripada keuntungan perniagaan…..

Pokli suka kongsi perniagaan franchais Public Gold ini sbb :

1) Sistem yang bagus & berjaya…..boleh cek harga 24jam…..via website….via sms….call….pembahagian komisen yg telus…. http://www.publicgold.com.my/ & http://www.publicdinar.com/

2) Beli emas dapat emas…bukan beli emas dapat surat…dapat kontrak….tu yg the beauty part of Perniagaan EMAS PELABURAN…….(komisen lagi tuh…)

3) Perlu ada orang yang berjaya……pokli sendiri mendapat didikan admin jutawanemas.com…..en syukor menjadi mentor pokli sehingga berjaya sampai sekarang….terima kasih sifu….sifu syukor ini telah mendapat pendapatan RM20k sebulan hasil perniagaan emas public gold nih…..(psssttt: beliau pun nak resign dari makan gaji sbb nak jadi tokey emas sepenuh MASA)

4)Ilmu dan maklumat yang lengkap….mmg utk berjaya kita perlu ada kemahiran…ilmu….maklumat yang mencukupi….nak ilmu boleh download di tepi kanan blog pokli ini…ada slide presentation/bonus emas..free of charge…….dah ada ilmu baru la bergerakkkk majuuuu…………

kalau anda ada modal yang banyak boleh jadi MASTER dealer……dapat komisen 2.0%……..tengok bawah rangkaian pokli ada ramai dah jadi master dealer……lagi best dapat komisen 2% dan overiding 0.5%…
dapat komisen atas jualan anak2 buah 0.5%….ini di kira mcm PASIF Income……duduk diam2 dapat duit….itu la pasif income yang sebenarnya………En syukor pasir income dah banyakkkk gilerrrr…..yela…semua agen2 bawah dia ada berapa RATUS oranggggggg!!!!!!!!!!!!!!!! alhamdulillah…

itulah petikan yang saya ambil dari blog pokli..
pokli sekarang dah berjaya..cam sifu sukor jugk la..
jadi para pembaca sekelian, apalagi jom tiru cam mereka..jom bersama saya
saya sedia membantu anda buat biz ni..


"jom biz bersama saya-hafizgold"

"menyimpan emas asas kekayaan anda"

ikhlas dari hafizgold
call.013-3196406,
emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Jul 30, 2010

gold price performance dalam rm

pada hari ini 28/7/10 emas naik 0.39%, untuk 30 hari ia turun -8.35%

walau bagaimanapun..
jadual di sebelah akan sentiasa berubah mengikut pergerakan harga emas,

banyak mafaat untuk peniaga, pelabur dan pembeli emas boleh ambil dari kemudahan jadual ini...tak perlu kita susah2 kira..
tryy tengok untuk 5 thun..129.67%..puratanya 25.93% setahun..

kalau nak lebih detail klik je di jadual sebelah kanan blog ini...http://goldprice.org.

"menyimpan emas asas kekayaan anda"

ikhlas dari hafizgold

call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Jul 26, 2010

rahsia kekayaan

Seorang sufi ditanya berapa besar rumahnya, berapa ramai ahli keluarganya, dan berapa banyak hartanya. Jawab si sufi “rumahku seluas alam semesta, ahli keluargaku adalah segala yang terzahir bagiku, manakala hartaku adalah segala khazanah yang terdapat di langit dan bumi”.

Bertanya lagi si penanya “jikalau rumahmu seluas semesta, mengapa aku tidak nampak kamu bersiar-siar di atas awan-awan atau beristirehat di dalam tanah yang kita pijak ini?”
Bertanya si sufi pula “aku juga tidak pernah melihat kamu berjalan di atas bumbung rumahmu, malah aku juga tidak pernah melihat kamu berehat-rehat di bawah lantai rumahmu, maka apa yang kau hairankan jika aku pun begitu?”

Terdiam si penanya. Kemudian dia bertanya lagi “Jika ahli keluargamu itu setiap yang terzahir, maka mengapa kamu membeza-bezakan mereka? Aku melihat kau bergurau-senda dengan anak-anak kucing ditepi jalan, tetapi kamu tidak pula melakukan sedemikian dengan harimau-harimau dihutan? Ketawa sang sufi mendengar soalan si penanya. Pabila reda ketawanya dia pun menjawab “Kamu juga bersenda gurau, bermain kuda-kuda, dan kejar-mengejar dengan anak-anakmu dirumah bukan? Tetapi adakah kau akan melakukan perkara yang sama terhadap bapa saudaramu yang garang dan pemarah? Tentu sahaja cara engkau bergaul dengan adik-beradikmu berbeza dengan cara kau bergaul dengan isterimu, begitu juga cara kau bergaul dengan isterimu tidak sama dengan cara kamu bergaul dengan ibu bapamu. Bukankah begitu?”

Si penanya termanggu sebentar untuk mentamsilkan jawapan si sufi. Setelah beberapa minit berlalu dia bertanya kembali, “jika hartamu adalah segala khazanah yang ada dilangit dan dibumi, maka mengapa kau tidak mengambil sahaja makanan-makanan yang dijual dipasar tanpa membayarnya?

Jawab si sufi sambil tersenyum “adakah kamu sanggup mengambil makanan dari mulut anak-anakmu lalu menyuap kemulutmu? Sudahku khabarkan semesta ini adalah rumahku, dan mereka semua adalah ahli keluargaku, maka adakah aku akan bersikap bakhil dan mementingkan diriku sendiri sahaja? Tentu tidak bukan!”

“Walau dimana pun aku berada, disaat suka mahupun duka, aku tetap rasa tenteram dan damai kerana aku berada di dalam rumahku dan tiada apa yang mampu mengugatku di dalam rumahku sendiri” ujar si sufi menutup kata sambil berjalan tenang meninggalkan si penanya.

inilah rahsia kekayaan sebenar..

walaupun emas bergunung2..tanah seluas mata memandang..
hakikatnya itu bukan kekayaan sebenar.. kerna kekayaan sebenar ada dalam hati kita

dan saya katakan
"menyimpan emas asas kekayaan anda"

memang benar dan memang terbukti

tapi kena ingat..moga tidak leka..dan ter..ter lupa

ALLAHU HUWA ALGHONIYU HAMID

allah lah maha kaya dan maha terpuji
(Dialah pemilik hakiki segala kekayaan alam semesta)



ikhlas dari hafizgold
call.013-3196406,
emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Jul 24, 2010

ilmu emas

salam semua pembaca blog hafizgold,
pertama sekali terima kasih kerana berkunjung ke blog saya..walaupun tdak bersemuka, anda tetap dihargai..
kalau sudi letaklah jejak anda di ruanga sembang..tel ke/email ke..website anda ke..mudah saya melawat anda pula..

post kali ini mengajak anda semua bersama2 dengan saya, belajar ilmu emas..tak kiralah dimana anda dapatkannya..dari makcik2 ke, dari blog2 ke..atau sape2 lah asalkan ilmu yang disampaikan benar dan manfaat..ambil je..

minggu ni saja ada dua seminar yang dianjurkan bertempat di publicgold sunway..bolehlah mana2 yang free tu kesana..mana tau ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan..
ramai juga otai2 public gold yang anjurkan..apalagi..ilmu tu..dapatkannya

"dengan ilmulah manusia menjadi mulia"

dengan ilmu juga ramai otai2 emas meramalkan harga emas akan naik bermula ogos..jadi apalagi ambil lah peluang pada bulan julai ini, beli emas banyak2..hehe..
bila harga dah naik, dah capai target keuntugan tu bolehlah jual balik..tak pun simpan lagi lama...sbb lagi lama disimpan lagi untung..

tanyalah orang2 tua dikampung "beli emas ni takkan rugi"...
kecuali beli hari ni belum harga naik terus jual..mana mau untung...

nampakkan ..peri pentingnya ILMU.. jadi jom cari2 ilmu..

kalau nak dapatkan emas boleh call saya; sebab bagi saya-
"menyimpan emas asas kekayaan"

ikhlas dari hafizgold call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Jul 20, 2010

emas dalam al quran

Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: “Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.”

(p/s ; dinar sebagai simpanan)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. [Ali Imran: 91]

(p/s; emas sebagai harta / kekayaan)

Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman.” [al-A'raaf: 148]

(p/s: emas sebagai perhiasan)

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]

(p/s: emas sebagai simpanan / wang)

Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]

(p/s: emas sebagai hiasan)

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]

(p/s emas sebagai hiasan/ kemewahan)

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]

(p/s emas sebagai ganjaran besar)

(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]

“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” [Surah az-Zukhruf: ayat 53]

(p/s emas sebagai penanda/ status)

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”. [Surah: ayat 71]

dari emas terkumpul banyak manfaat;
1. sebagai simpanan
2.sebagai mata wang universal
3.sejenis pelaburan yang berkembang (sebab itu kena zakat)
4.nilai kekayaan dan kemewahan
5.sebagai perhiasan yang disukai manusia
6.salah satu bentuk2 ni'mat yang akan diperolehi manusia di syurga
7.sebagai bentuk ganjaran dari Allah
8 salah satu cara azab di neraka (bagi yang tak bayar zakat)
9..............
10................
banyak lagi...

apa lagi anda boleh tambah sendiri;
kalau mahu dapatkan emas..hubungi saya hafizgold interprise...
insyAllah kami akan bantu... anda..


"menyimpan emas asas kekayaan anda"

ikhlas dari hafizgold
call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my


Jul 15, 2010

berhati2 jangan Simpan Duit Kertas Dan Elektronik


lawatan ziarah ke blog kilauanemas tadi. terjumpa artikel yang menggerunkan ni..jadi saya minta izinlah nak masukkan artikelnya dalam blog saya..tiada ubah2..khusus untuk tatapan pembaca blog ni...

jangan Simpan Duit Kertas Dan Elektronik

Salam Sejahtera,

Apa khabar? Maaf lama tak berkongsi di ruang ini. Kebetulan laptop meragam dan terpaksa dihantar ke kedai untuk baikpulih. Tiga hari tanpa laptop bagi kami yang bisnes online ni memang menyeksakan.
Bila dapat semula laptop semalam, dalam usaha meng'upload' semula pelbagai program dan maklumat, terjumpa pula email yang di terima pada bulan Jun 2008 yang lalu.
Agak misteri juga kerana nama penghantarnya tidak dapat di kesan lagi. Tak pasti akan kebenarannya, tetapi yang baik dibuat tauladan, yang tidak tepat, sila hantar komen untuk kita sama-sama mendapat maklumat yang betul.
Berikut adalah kandungan email tersebut:
"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni. Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat.""pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi).
Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, ada org Malaysia yang byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia. Maknanya mereka memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank.

Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).

Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis.
Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.
Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."
Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.

Wallahualam.
So, kepada penghantar email, sila hubungi kami untuk diletakkan nama anda sebagai penulisnya. Dan memandangkan email ini diterima hampir 2 tahun yang lalu, mungkin ada beberapa fakta yang perlu ditambah, barangkali..
Itu saja perkongsian kali ini. Masih mengira untuk beli emas dan perak?
Jom beli Emas!!! Kerana...
Di Saudagar Emas, Kita Mengubah Cara Simpanan Untuk Masa Depan!
petikan dari blog kilauanemas

"menyimpan emas asas kekayaan anda"ikhlas dari hafizgold call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Jul 7, 2010

emas tulen atau tidak ?..999...916...

emas tulen ? istilahnya..
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ? APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas. 24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama

( d ) 875

( e ) 835

( f ) 750 18K mengikut ukuran lama

( g ) 585 14K mengikut ukuran lama

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama Emas 900
( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING ) Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik.

itulah serba sedikit perbezaan istilah2 yang digunapakai untuk membezakan antara emas dari sudut ketulenanya..

"menyimpan emas asas kekayaan anda"

ikhlas dari hafizgold call.013-3196406,
emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Jul 6, 2010

di mana anda menyimpan wang anda ?



Mula menyimpan dari awal, jangan tangguhkan untuk menyimpan

cuba simpan sekurang2nya 10% dari pendapatan anda,

kebanyakan orang susah menyimpan sebab mereka buat begini;


pendapatan-perbelanjaan: simpanan

sepatutnya begini;

pendapatan-simpanan : perbelanjaan

dimana tempat mahu simpan; banyak pilihan tabung haji, akaun simpanan, simpanan tetap,asb,asn, asw, emas..dan macam2 ada..memang banyak bukan..

dicadangkan tukarkan wang anda menjadi emas, sebab;bacalah artikel lalu post emas..

insyaAllah berbaloi2...

kalau anda berminat dengan cara ini; kami boleh membantu anda..InsyAllah.

"menyimpan emas asas kekayaan anda"

ikhlas dari hafizgold call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Jul 5, 2010

mengapa kita perlu simpan emas


1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan

kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan
tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa
menjejaskan nilainya.

5. Ia sukar diperoleh

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

4. Aset yang terunggul
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia
juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan
di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

apa tunggu lagi, jom lah menyimpan...

"menyimpan emas asas kekayaan anda"ikhlas dari hafizgold call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Jul 3, 2010

harga emas dijangka akan naik..

jom tonton berita tv "emas dijangka naik...


apa kata anda..

bagi kami...

"menyimpan emas asas kekayaan anda"

ikhlas dari hafizgold call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Jul 2, 2010

masa membeli dinar



Public Dinar Daily PriceDinar We Sell We Buy
1 dinar RM 578.00 RM 543.00
5 dinar RM 2880.00 RM 2722.00
10 dinar RM 5734.00 RM 5447.00
Last updated 02/07/10 7:35 AM

harga dinar rendah hari ni, ambillah peluang ini untuk menyimpan dinar..berbaloi2..



"menyimpan emas asas kekayaan anda"ikhlas dari hafizgold call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Jul 1, 2010

keistimewaan emas dan perak




  • Emas dan perak adalah mata wang dunia paling stabil yang pernah digunakan.Protect kekayaan anda dengan membeli emas dan perak .

  • Zero inflasi pada tahun 1400

  • Seekor ayam pada zaman Nabi , salla'llahu alaihi wa sallam , kos satu dirham , hari ini , 1,400 tahun kemudian , seekor ayam kos sekitar satu dirham juga.

  • public Dinar menawarkan harga yang sangat kompetitif untuk membeli Dinar emas . jom mula menyimpan..

    "menyimpan emas asas kekayaan anda"

    ikhlas dari hafizgold call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

wang dan nilai


wang dan nilai..
dengan wang rm0.50 kita boleh beli sebungkus nasi lemak
sekarang rm0.50 kita tak boleh lagi, kenapa..harga nasi lemak jadi rm1.00
apa yang kita nampak...nilai wang semakin rendah bukan, begitu jugalah dengan barangan yang lain..
salah satu cara untuk kita mengikat kekayaan kita adalah tukarkan kepada bentuk simpanan emas, kerana..ia tidakk sama dengan wang..1 dinar emas untukk 1 ekor kambing pada zaman dahulu..sekarang harganya masih juga 1 dinar..cuba perbandingkan dengan wang pula..apa jadi..
kalau berminat mengikat kekayaan anda, hubungi saya..insyaAllah boleh diatur..
Related Posts with Thumbnails