support

Mar 21, 2011

Sebab utama mengapa perlu melabur emas.

- Mampu mengawal inflasi.
- Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
- Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
- Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
- Penyimpan nilai.
- Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.

sekarang pula ada dua peristiwa besar dunia
1. bencana di jepun
2. perang di libya (Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia)-pengeluaran minyak terhenti,stok kurang permintaan tinggi..harga jadi mahal..

agak2nya apa kesan pada harga emas..cuba tengok dalam Berita Harian Online | Bisnes Dunia: Bekalan minyak makin meruncing..

sudah pasti ada kesannya..

apalagi saudara2..jom beli emas

"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Mar 17, 2011

untung ke beli barang kemas?

Ramai orang yang tersilap faham tentang perkara ini, apabila berkata tentang “pelaburan
emas”, mereka menyangka ianya bermaksud “membeli emas barang kemas seperti rantai,
cincin dan gelang”.
Walaupun ianya sesuatu yang bernilai, dan kelihatan anggun dan “kaya” apabila memakainya.
Tetapi, dalam konteks pelaburan, ianya bukanlah suatu tindakan yang bijak.
Mengapa?.
Harga barang kemas selalunya adalah lebih tinggi dari harga semasa emas yang sebenar. Ini
kerana, pihak penjual akan memasukkan kos “upah” , kos design dan juga harga “brand”
mereka. Sebab itu, anda boleh lihat sendiri, mengapa harga emas di “Poh Kong” atau “Habib
Jewel” lebih mahal dari harga emas di kedai-kedai emas biasa.
Situasinya sama seperti perbezaan diantara harga “air kopi” yang dijual di “warung” dan juga di
“coffee bean”. Ataupun “kain batik” yang dijual di “kedai-kedai biasa” dengan kain batik yang
dijual di “butik”. Walaupun ianya adalah benda yang sama, tetapi disebabkan “brand”, maka
produk itu menjadi sedikit mahal.
Emas yang berbentuk barang kemas, sememangnya lebih mahal dari harga emas semasa.
Sedangkan dalam prinsip pelaburan, apabila kita ingin melabur, kita perlu pastikan, caj-caj
tambahan yang dikenakan, adalah paling minimum. Ini bagi membolehkan kadar pulangan
pelaburan kita menjadi maksimun.
Contoh mudah adalah seperti melabur di ASB dan juga di Unit Amanah.
Di ASB, jika anda melabur RM10,000 maka, kesemua wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun
pelaburan anda.
Manakala, jika anda melabur di Unit Amanah, apabila anda mendepositkan RM10,000, caj
sebanyak 2.5% akan dikenakan, ini bermaksud, wang yang akan dimasukkan ke dalam akaun
anda hanyalah RM9750. Bukankah anda sudah sedikit kerugian disitu?
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, kita perlulah pastikan kita dikenakan caj-caj yang tidak
berkaitan ini dengan jumlah yang paling minimum.
Begitu juga dengan pelaburan emas, jika harga emas semasa ialah RM140 se gram, maka,
apabila anda membeli emas sebanyak 20gm, harga sepatutnya yang anda perlu bayar ialah
RM2800. Tetapi, jika anda membeli emas yang berbentuk barang kemas, anda akan dikenakan
“upah workmanship”, menyebabkan anda mungkin terpaksa membayar sehingga RM3000
untuk memilikinya.
Tambah memeritkan lagi, apabbila anda ingin menjualkan semula barang kemas yang anda beli,
harganya akan dipotong sebanyak 30% dari harga semasa. Pergh! rugi besar tu!
Jadi, sekali lagi diingatkan, jika anda ingin melabur di dalam emas... jangan sekali-kali membeli
emas di dalam bentuk barang kemas di kedai emas. Hanya beli barang kemas jika anda berhajat
untuk memakainya atau ingin menghadiahkannya kepada orang tersayang.
Jika untuk tujuan “pelaburan”... membeli emas dalam bentuk barang kemas, adalah merupakan
satu langkah yang kurang sesuai.
"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Mar 3, 2011

graf emas terkini..


graf emas dari tahun 2000-2011

harga emas yang naik turun menjadikannya aset yang begitu "unik"...
kata para pelabur "beli masa harga turun...jual masa harga naik"..boleh juga diguna pakai pada emas ni...
namun..kalau emas fizikal ni...beli la bila2 masapun..anda tetap untung...cuma yang membezakannya adalah "tempoh masa"..
jika beli masa harga tengah naik..maka lambat lah sikit nak untung tu..kalau masa turun anda beli, cepat la untung anda dapat..tapi yang penting dua2 timing membeli ni..memang untung...tak caya tanya pokli "pokli.com"...tak caya lagi..tanya shukor "jutawanemas.com"..

apalagi saudara/ri nak emas jugak..call saya..
"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my
Related Posts with Thumbnails