support

Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

May 4, 2013

harga emas menjunam tiruk..rugi ke untung?

Salam, dan selamat sejahtera,

 Bulan april lepas, harga emas menjunam secara mendadak atas pelbagai faktor.. bagi orang yang mempunyai wang atau yang ada teknik-teknik manipulasi emas mereka akan mengambil kesempatan ini untuk menambah simpanan emas mereka.


Adakah dengan kejatuhan harga tersebut menyebabkan anda yang telah beli emas pada harga sebelum kejatuhan harga emas akan mengalami kerugian?

Tidak bukan,  sebab walaupun harga emas jatuh atau naik sekalipun, emas anda tidak berubah.. masih tetap sama beratnya yang mengalami perubahan itu hanyalah wang kertas yang berlegar-legar disekeliling anda sahaja..

 lain lah kes, jika anda jual emas anda pada ketika harga rendah, anda akan rugilah jika anda beli dulu dengan harga yang tinggi. jadi jangan berlawan dengan hukum alami ini,

 "harga turun sila beli", harga mahal boleh jual"..

jika tak sila simpan sahaja, buat backup sistem kewangan anda. jom tengok graf...


 "menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Mar 19, 2012

harga emas nilaian yapeim

selain syarikat-syarikat yang seperti PG, Sri Ayu , GCP..yapeim juga ada memberi info tentang harga eemas, - bagi orang yang ingin membuat gadaian/al-rahnu di yapeim, bolehlah rujuk disini untuk membua perancangan gadaian mereka.

"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Sep 24, 2011

PAK CIK KAYO


macam-macam ada, apabila sudah over-over kaya..agak-agak berapa harga ya..cuba teka ?
"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Sep 17, 2011

tukar rm100 sebulan jadi rm 23,758.68..?

untung ke simpan emas??


kalau kita mula menyimpan rm100 sebulan dalam bentuk emas (kadar pelungan purata setakat ini min. 20%, dalam tempoh 8 tahun sahaja kita kumpul RM 23,758.68..

banyak tu..itu baru rm100 cuba kira kalau rm 300 ke, 1000 ke..bergantung pada kemampuan masing-masing..banyakkan...boleh jadi dengan duit sebanyak itu nanti sudah boleh beli banglo cash..kira kat sini

kenapa perlu dalam emas? sebabnya purata kenaikkan setakat ini paling minimum 20%.ambil slamat je tu..





"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Aug 10, 2011

negarapun beli emas, kita tak nak ke?

Harga emas di pasaran dunia meningkat dengan mendadak
sejak minggu lalu dan beberapa hari yang lalu harganya
terus menunjukkan kenaikan.

Pada 4 Ogos 2011 harganya mencecah USD1,663.50 untuk
satu auns atau RM159 per gram.

Kenaikan ini melebihi 6% jika dibandingan apabila
ianya baru sahaja melepasi USD1,600 pada 18 Julai 2011
yang lepas.

Kenaikan ini didorong oleh kebimbangan hutang Amerika
Syarikat dan negara-negara Eropah. Di samping itu, data
IMF menyataan bahawa bank-bank pusat seperti Thailand,
Rusia dan Kazakhstan menambah rizab emas dalam pegangan
mereka dalam masa 2 bulan yang lepas.

Di samping itu, Korea Selatan buat pertama kali membeli
emas setelah tidak berbuat demikian dalam masa 10 tahun
yang lepas, telah membeli 25 ton emas dalam bulan Jun dan Julai 2011.

Kesan kepada harga emas jelas kelihatan apabila harga jualan emas KFH naik dari RM157.60 kepada RM162.52 dalam masa sehari pada 3 Ogos 2011. Kenaikan ini adalah sebanyak RM4.2 per gram atau 3.1%.

Kalau yang beli emas KFH pada awal tahun sehingga 3 Ogos 2011, kenaikan sebenar apabila mengambil kira spread (perbezaan harga jualan dan belian) RM155.37 vs RM143.20 adalah 8.5% dalam masa 7 bulan.

Lihat jika sebuah negara pun dah mula menunjukkan minat
untuk membeli emas untuk melindungi ekonomi mereka, kenapa kita tak bertindak sama seperti mereka untuk melindungi ekonomi dan masa depan kewangan kita.

Apa-apa pun, jika anda ingin melabur dalam emas, diingatkan agar anda fahami betul-betul mengenainya dengan mengetahui risiko yang ada.

Jika anda ingin membeli emas,sila hubungi saya.

"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

May 22, 2011

masalah kesukaran dan keraguan dalam Pelaburan Emas

Salam hormat

Adakah anda pening dan menghadapi kesukaran memilih teknik yang sesuai untuk diri sendiri dalam pelaburan emas yang sedang atau akan dijalankan? Saya pasti anda sedang menghadapi masalah berikut;

Pertama:
Ragu-ragu nak buat keputusan jualbeli emas? Dalam fikiran selalu terfikir sesuai ke aku beli emas ni sekarang?

Kedua:
Anda terbeli emas pada harga yang tinggi rupa-rupanya. Jadi sekarang tengah memikirkan nak dijual belum untung lagi, nak tunggu, entah bila pula nak naik balik harga, nak tunggu sampai 1-2 tahun, fuh, lama tu....buatnya berlaku kecemasan, nak korek di mana pulak cash ni?

ketiga :
Kebanyakan orang suka ke pajak gadai kerana terdesak nak pakai duit. Tapi tak ramai orang yang tahu ADA CARANYA kita boleh pajakkan emas, dan buat untung dari pajak gadai tanpa perlu bayar sesen pun upah simpan, walaupun anda pajakkan berkilo-kilo emas.

Keempat
Jika anda seorang student, dan selalu kehabisan wang PTPTN di hujung semester, ada baiknya dipraktiskan teknik ini, bagaimana seorang student boleh menyimpan emas dengan banyak dengan wang yang minima? Pakai duit PTPTN jer pun boleh...

Kelima
Jika anda memiliki banyak barang kemas. Takkan nak dipakai semuanya kan? Apa kata, sambil memiliki barang kemas,anda jana sedikit extra cash sambil-sambil melawa dengan barang kemas tersebut.

Keenam
Atau saja ingin mencari ilmu baru dalam pelaburan emas selain dari yang dipaparkan dalam blog blog pelaburan emas yang ada di internet...

Ketujuh
Umur nak pencen/bersara dah semakin hampir, tapi wang bersara tak cukup-cukup lagi. Harapkan KWSP pun taklah banyak sangat. Camner nih? Anda ragu-ragu, bagaimana pelaburan emas boleh dijadikan sebagai BACKUP PLAN tabung persaraan anda.

Saya ada berita baik untuk anda mengenai teknik pelaburan emas yang mampu mengatasi masalah-masalah di atas.

Kalau nak hendak tahu lebih lanjut, klik sahaja disini

dan lihat sendiri betul tak apa yang saya katakan...

Salam sukses
###############
"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

May 21, 2011

Create Wealth From the Financial Crisis Now

If you’ve been wondering how you can prepare for economic collapse, the time to learn the best ways to invest in gold and silver is now
baca lanjut di sini "menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

May 8, 2011

Fikir dahulu sebelum beli dan melabur emas...

Sebelum bertindak untuk membeli emas, anda disarankan mengambil kira faktor-faktor
berikut:
1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar,
bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
7. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan
membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana keduadua
bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar.

"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Apr 21, 2011

Harga emas kekal tinggi

HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.

Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.
Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.
Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.

Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”

Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu.

Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.

“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

cr; berita harian online
"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Mar 21, 2011

Sebab utama mengapa perlu melabur emas.

- Mampu mengawal inflasi.
- Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
- Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
- Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
- Penyimpan nilai.
- Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.

sekarang pula ada dua peristiwa besar dunia
1. bencana di jepun
2. perang di libya (Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia)-pengeluaran minyak terhenti,stok kurang permintaan tinggi..harga jadi mahal..

agak2nya apa kesan pada harga emas..cuba tengok dalam Berita Harian Online | Bisnes Dunia: Bekalan minyak makin meruncing..

sudah pasti ada kesannya..

apalagi saudara2..jom beli emas

"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

Mar 17, 2011

untung ke beli barang kemas?

Ramai orang yang tersilap faham tentang perkara ini, apabila berkata tentang “pelaburan
emas”, mereka menyangka ianya bermaksud “membeli emas barang kemas seperti rantai,
cincin dan gelang”.
Walaupun ianya sesuatu yang bernilai, dan kelihatan anggun dan “kaya” apabila memakainya.
Tetapi, dalam konteks pelaburan, ianya bukanlah suatu tindakan yang bijak.
Mengapa?.
Harga barang kemas selalunya adalah lebih tinggi dari harga semasa emas yang sebenar. Ini
kerana, pihak penjual akan memasukkan kos “upah” , kos design dan juga harga “brand”
mereka. Sebab itu, anda boleh lihat sendiri, mengapa harga emas di “Poh Kong” atau “Habib
Jewel” lebih mahal dari harga emas di kedai-kedai emas biasa.
Situasinya sama seperti perbezaan diantara harga “air kopi” yang dijual di “warung” dan juga di
“coffee bean”. Ataupun “kain batik” yang dijual di “kedai-kedai biasa” dengan kain batik yang
dijual di “butik”. Walaupun ianya adalah benda yang sama, tetapi disebabkan “brand”, maka
produk itu menjadi sedikit mahal.
Emas yang berbentuk barang kemas, sememangnya lebih mahal dari harga emas semasa.
Sedangkan dalam prinsip pelaburan, apabila kita ingin melabur, kita perlu pastikan, caj-caj
tambahan yang dikenakan, adalah paling minimum. Ini bagi membolehkan kadar pulangan
pelaburan kita menjadi maksimun.
Contoh mudah adalah seperti melabur di ASB dan juga di Unit Amanah.
Di ASB, jika anda melabur RM10,000 maka, kesemua wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun
pelaburan anda.
Manakala, jika anda melabur di Unit Amanah, apabila anda mendepositkan RM10,000, caj
sebanyak 2.5% akan dikenakan, ini bermaksud, wang yang akan dimasukkan ke dalam akaun
anda hanyalah RM9750. Bukankah anda sudah sedikit kerugian disitu?
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, kita perlulah pastikan kita dikenakan caj-caj yang tidak
berkaitan ini dengan jumlah yang paling minimum.
Begitu juga dengan pelaburan emas, jika harga emas semasa ialah RM140 se gram, maka,
apabila anda membeli emas sebanyak 20gm, harga sepatutnya yang anda perlu bayar ialah
RM2800. Tetapi, jika anda membeli emas yang berbentuk barang kemas, anda akan dikenakan
“upah workmanship”, menyebabkan anda mungkin terpaksa membayar sehingga RM3000
untuk memilikinya.
Tambah memeritkan lagi, apabbila anda ingin menjualkan semula barang kemas yang anda beli,
harganya akan dipotong sebanyak 30% dari harga semasa. Pergh! rugi besar tu!
Jadi, sekali lagi diingatkan, jika anda ingin melabur di dalam emas... jangan sekali-kali membeli
emas di dalam bentuk barang kemas di kedai emas. Hanya beli barang kemas jika anda berhajat
untuk memakainya atau ingin menghadiahkannya kepada orang tersayang.
Jika untuk tujuan “pelaburan”... membeli emas dalam bentuk barang kemas, adalah merupakan
satu langkah yang kurang sesuai.
"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my
Related Posts with Thumbnails