Seorang sufi ditanya berapa besar rumahnya, berapa ramai ahli keluarganya, dan berapa banyak hartanya. Jawab si sufi “rumahku seluas alam semesta, ahli keluargaku adalah segala yang terzahir bagiku, manakala hartaku adalah segala khazanah yang terdapat di langit dan bumi”.
Bertanya lagi si penanya “jikalau rumahmu seluas semesta, mengapa aku tidak nampak kamu bersiar-siar di atas awan-awan atau beristirehat di dalam tanah yang kita pijak ini?”
Bertanya si sufi pula “aku juga tidak pernah melihat kamu berjalan di atas bumbung rumahmu, malah aku juga tidak pernah melihat kamu berehat-rehat di bawah lantai rumahmu, maka apa yang kau hairankan jika aku pun begitu?”
Terdiam si penanya. Kemudian dia bertanya lagi “Jika ahli keluargamu itu setiap yang terzahir, maka mengapa kamu membeza-bezakan mereka? Aku melihat kau bergurau-senda dengan anak-anak kucing ditepi jalan, tetapi kamu tidak pula melakukan sedemikian dengan harimau-harimau dihutan? Ketawa sang sufi mendengar soalan si penanya. Pabila reda ketawanya dia pun menjawab “Kamu juga bersenda gurau, bermain kuda-kuda, dan kejar-mengejar dengan anak-anakmu dirumah bukan? Tetapi adakah kau akan melakukan perkara yang sama terhadap bapa saudaramu yang garang dan pemarah? Tentu sahaja cara engkau bergaul dengan adik-beradikmu berbeza dengan cara kau bergaul dengan isterimu, begitu juga cara kau bergaul dengan isterimu tidak sama dengan cara kamu bergaul dengan ibu bapamu. Bukankah begitu?”
Si penanya termanggu sebentar untuk mentamsilkan jawapan si sufi. Setelah beberapa minit berlalu dia bertanya kembali, “jika hartamu adalah segala khazanah yang ada dilangit dan dibumi, maka mengapa kau tidak mengambil sahaja makanan-makanan yang dijual dipasar tanpa membayarnya?
Jawab si sufi sambil tersenyum “adakah kamu sanggup mengambil makanan dari mulut anak-anakmu lalu menyuap kemulutmu? Sudahku khabarkan semesta ini adalah rumahku, dan mereka semua adalah ahli keluargaku, maka adakah aku akan bersikap bakhil dan mementingkan diriku sendiri sahaja? Tentu tidak bukan!”
“Walau dimana pun aku berada, disaat suka mahupun duka, aku tetap rasa tenteram dan damai kerana aku berada di dalam rumahku dan tiada apa yang mampu mengugatku di dalam rumahku sendiri” ujar si sufi menutup kata sambil berjalan tenang meninggalkan si penanya.
inilah rahsia kekayaan sebenar..
walaupun emas bergunung2..tanah seluas mata memandang..
hakikatnya itu bukan kekayaan sebenar.. kerna kekayaan sebenar ada dalam hati kita
dan saya katakan
"menyimpan emas asas kekayaan anda"
memang benar dan memang terbukti
tapi kena ingat..moga tidak leka..dan ter..ter lupa
ALLAHU HUWA ALGHONIYU HAMID
allah lah maha kaya dan maha terpuji
(Dialah pemilik hakiki segala kekayaan alam semesta)
ikhlas dari hafizgold
call.013-3196406,
emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment
terima kasih