support

Feb 9, 2011

Dinar ganti matawang barat

Pada 4 November 2008, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sistem bank dan matawang barat gagal. Oleh itu beliau meminta dunia mengkaji menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam.

Lalu tanpa sembunyi lagi beliau mahu matawang Dinar Emas digunakan.

Ujarnya lagi tidak seperti duit kertas, emas tetap mempunyai nilai di mana-mana dalam dunia untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

”Kita bukan sahaja ada dagangan antara dua negara tetapi antara beberapa negara.

”Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau mengatasi kelemahan sistem Dinar Emas,” katanya dipetik dari laman webnya, http://chedet.co.

Pakar ekonomi Islam dari Sepanyol, Prof Umar Vadillo yang terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji sistem kapitalis mengakui kelebihan yang ada pada dinar. Menurutnya sistem kapitalis sedang menuju ke arah kehancuran.

Beliau yang memiliki syarikat mengeluarkan duit emas berpejabat di Dubai memberitahu mendapat sambutan menggalakkan.

Seorang profesor ekonomi di UIAM mengakui duit kertas yang kita simpan bawah bantal atau tabung akan menyusut dengan teruk pada suatu ketika nanti.

Menurutnya RM1,000 hari ini tidak boleh membeli apa pun pada masa depan.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom pada 27 Ogos tahun lepas pernah mencadangkan penggunaan nilai Dinar Emas dalam perdagangan antara negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Beliau menjelaskan pakar ekonomi berpendapat Dinar Emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa kerana sifatnya stabil terhadap spekulasi dan manipulasi.

Jamil dipetik sebagai berkata Tabung Haji dan Pusat Zakat juga sepatutnya meneliti penggunaan Dinar Emas sebagai asas dalam urusan dan aktiviti mereka.

Dalam perkembangan berkaitan ramai pakar ekonomi dunia berhujah sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan termasuk kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran, pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Sebenarnya saranan penggunaan Dinar emas di negara ini pernah dibuat Dr Mahathir hampir 10 tahun lalu ketika krisis kejatuhan mata wang Asia pada 1997 dan 1998.

Pada 2 Ramadan lalu, kerajaan Kelantan melancarkan matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan yang disermpunakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

sumber;http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28367:dinar-ganti-matawang-barat&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment

terima kasih

Related Posts with Thumbnails