KUALA LUMPUR 14 Jan - Permintaan yang kian meningkat di pasaran-pasaran baru muncul, dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah diikuti dengan bencana alam seperti di Brisbane, Australia, yang menjejaskan pengeluaran akan terus menolak naik harga-harga emas, minyak dan logam.
"Pertumbuhan ekonomi global, didahului oleh permintaan pasaran baru muncul dan meningkatnya asas- asas di dunia maju akan merangsangkan harga," kata Steven Yong, ketua pelaburan strategi dan penyelidikan dan produk pengurusan kekayaan Citibank.
Beliau berkata, harga emas boleh naik ke purata AS$1,503.60 (RM4,586) seaun tahun ini dan AS$1,438.20 (RM4,387) seaun tahun depan sementara harga-harga West Texas intermediate (WTI) boleh melepasi purata AS$100 (RM305) setong pada tahun 2011 dan 2012.
"Tetapi, adalah tidak mungkin yang harga minyak akan melonjak ke paras tinggi sejarahnya iaitu AS$147 (RM448) setong memandangkan ekonomi global belum lagi sekukuh seperti sebelumnya," kata beliau.
Keuntungan selanjutnya turut dijangka terhadap kebanyakan harga-harga logam asas dalam jangka pendek dan sederhana dengan keutamaan kepada aluminium dan tembaga, kata beliau dalam satu persidangan akhbar.
"Ini terutamanya disebabkan oleh permintaan pasaran baru muncul yang begitu menggalakkan, khususnya penggunaan yang kian meningkat di China dan India dan beberapa kekangan dalam bekalan," kata beliau.-BERNAMA
"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my

No comments:
Post a Comment
terima kasih