Soalan: Saya musykil kerana institusi
zakat seakan-akan sudah tidak mempromosikan
zakat perak. Adakah masih ada
zakat perak pada hari ini dan bagaimanakah pula cara pengiraannya?
Jawapan: Benar, dalam syariat Islam memang wujud
zakat perak. Misalnya Allah SWT telah menyebutkan tentang
zakat perak ini di dalam surah at-Taubah, ayat 34: “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Ayat di atas menyamakan status
zakat emas dan perak, maka hukumnya kekal hingga ke hari ini.
Sementara itu, pada zaman dahulu di Kota Mekah, yakni sebelum Nabi Muhammad SAW diwahyukan sebagai nabi dan rasul, perak dan emas memang sudah terkenal dan digunakan sebagai medium pertukaran, menggantikan sistem barter. Ia dijadikan matawang dalam transaksi seharian bangsa Arab, matawang emas dinamakan dinar dan matawang perak pula dinamakan dirham.
Dalam penentuan nisab
zakat perak ini, Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa perak yang dijadikan matawang itu hendaklah di
zakatkan apabila mencapai paras nisabnya, iaitu sebanyak 200 dirham. Hadis nabi bermaksud: “Dan pada wang perak itu (
zakatnya) sesuku daripada sepersepuluh (1/40 atau 2.5 peratus),” (Hadis riwayat Bukhari)
Namun, hari ini perak sudah tidak lagi dijadikan sandaran dalam matawang. Perak hanya dijadikan barangan perhiasan sahaja. Bahkan daripada sudut nilai, perak juga tidak semahal emas. Nilai semasa perak amat rendah, misalnya 60 sen sahaja satu gram berbanding emas yang bernilai RM150 bagi satu gram. Maka, sebab itulah ia kurang diberikan perhatian oleh orang Islam, sama ada untuk dipakai sebagai perhiasan diri ataupun dijadikan perhiasan di rumah.
Namun begitu, hukum
zakat ke atasnya masih tetap terpakai sehinggalah ke hari kiamat. Hari ini juga, nilai 200 dirham perak sudah ditukarkan ke bentuk berat, iaitu 200 dirham menyamai 595 gram perak. Maka, sesiapa yang memiliki perak sama ada ia untuk dipakai sebagai perhiasan atau hanya disimpan (misalnya dalam bentuk mata wang, peralatan rumah atau arca), dengan beratnya mencapai atau melebihi 595 gram, maka hukumnya wajiblah mereka mengeluarkan
zakat ke atasnya sebanyak 2.5 peratus.
Contoh kiraan
zakat perak:
Formula: Berat barangan perak X harga perak semasa X 2.5 peratus
800 gram perak X RM0.60 X 2.5% = RM12.00.
Kesimpulannya,
zakat perak masih tetap disenaraikan sebagai
zakat harta umat Islam dan setiap umat Islam wajib mengeluarkan
zakat perak apabila cukup syarat-syaratnya. Pihak pusat
zakat seperti LZS (MAIS) juga sentiasa menerima apa sahaja jenis
zakat yang hendak ditunaikan, selagi mana ia termasuk dalam kategori harta yang wajib di
zakatkan. Wallahua’lam.
sumber; lembaga
zakat selangor
"menyimpan emas asas kekayaan anda" ikhlas dari hafizgold interprise, call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my